fbpx

Zain Saidin Cuba Pujuk Che Ta Untuk Hamil Lagi

Kami antara jutaan peminat dunia hiburan di Malaysia yang sentiasa suka melihat kebahagiaan rumah tangga Zain Saidin dan Che Ta lebih lebih lagi selepas pasangan ini dikurniakan anak perempuan tahun lalu yang kami kira kini sudah pun mencapai status selebriti kecil.

Dalam temubual terbaru bersama Berita Harian Zain Saidin ada meluahkan keinginan beliau untuk menambah anak dan walaupun isterinya pernah berkata tidak mahu mengandung lagi, beliau berazam untuk memujuk Che Ta untuk berbuat demikian.

BACA: Peminat Berdebat Di Inetrnet Bila Baju Raya Che Ta Sehelai RM4,000

“Kalau boleh memang saya nak tambah lagi anak. InsyaAllah ada rezeki. Memang Che Ta kata sebelum ini tak mahu mengandung lagi, tapi saya boleh pujuk Che Ta. Ini Soal rezeki dan anugerah Tuhan. Takkan nak tolak tuah dan rezeki kalau boleh lahirkan anak yang cantik,” ujar Zain Saidin.

Zain Saidin yang mengakui tidak kisah akan jantina anak beliau selepas ini bersama Che Ta juga mendedahkan yang Aaisyah Dhia Rana mendapat lebih perhatian dari saudara mara di kampung dek kerana populariti beliau — sehingga ibu bapanya sendiri rasa terabai, heh. (rtky/m)