fbpx

Kalau anda tanya kami dan melihat kepada gambar terbaru pasangan ini yang sedang bahagia bercuti di Krabi, Thailand — tidak sangka usia Rozita Che Wan kini mencecah 43 tahun. Nampak seperti anak dara, jiwa kena terus muda ‘kan. Heh.

Ketika ini pasangan suami isteri yang masih menjadi perhatian ramai, Zain Saidin dan Rozita Che Wan sedang berada di Krabi, Thailand sejak beberapa hari lalu untuk menikmati bulan madu buat kesekian kalinya selepas menjelajah Eropah & kepulauan Bali, Indonesia.

BACA: Zain Saidin Teruja, Rozita Che Wan Mungkin Mengandung

Namun kali ini pastinya lebih istimewa kerana ianya turut meraikan ulangtahun kelahiran Rozita Che Wan yang jatuh pada tarikh 9 Mac.

Zain Saidin melalui akaun Instagram beliau mengirimkan ucapan selamat ulangtahun kelahiran penuh romantis buat isterinya itu, “Happy birthday my love. I will love you until the end of our days and love you forever more in Jannah”

Berikut beberapa keping gambar yang dikongsikan oleh Zain Saidin dan Rozita Che Wan menerusi akaun Instagram masing masing untuk tatapan para peminat tersayang. Enjoice! (rtky/m)