fbpx

Zahirah MacWilson: Tiada Isu Saya Rampas Zul Ariffin

Bersedia untuk satu lagi kisah tentang hubungan Zahirah MacWilson dan Zul Ariffin yang sudah jelak anda baca sejak beberapa minggu lalu? Okay, kami akan tulis juga walau apa bantahan anda.

Dalam satu kenyataan kepada media baru baru ini, Zahirah MacWilson menolak dakwaan ramai yang mengatakan beliau merampas Zul Ariffin dari kekasihnya sebelum ini dan mendakwa mula mengenali pelakon lelaki itu ketika dirinya sudah solo.

BACA: Bapa Zahirah MacWilson Ragui Keikhlasan Zul Ariffin

“Saya tidak rasa diri sebagai seorang perampas kerana ketika saya dan Zul mula rapat, dia sudah solo. Saya tidak akan berkawan rapat dengan milik atau kekasih orang lain,” jelasnya kepada Berita Harian baru baru ini.

Zahirah juga mengulangi kenyataan sebelum ini yang belum mahu melabelkan hubungan mereka sebagai sedang bercinta tetapi lebih kepada fasa mengenali hati budi masing masing.

“Kami memilih untuk tidak meletakkan label pada hubungan kami kerana ianya masih baru lagi. Tidka timbuk istilah ingin merahsiakan hubungan kai pada umum kerana kami berada di tempat terbuka untuk berjumpa,” tambahnya.

Beliau turut berkata yang ibu bapanya juga tidak menghalang hubungan bersama Zul Ariffin malah meletakkan sepenuh kepercayaan kepadanya untuk mengorak langkah dalam dunia hiburan tempatan. (rtky/m)