fbpx

Yusry KRU & Lisa Surihani Tak Mahu Popularkan Anak

Bakal menyambut kelahiran bayi pertama mereka selepas Aidilfitri nanti, Yusry KRU dan juga Lisa Surihani mempunyai jawapan sendiri mengapa mereka tidak mahu terlalu teruja untuk menyambut cahaya mata mereka.

BACA: Yusry KRU & Isteri Rahsiakan Jantina Anak

“Salah satu sebab mengapa berita mengenai kandungan anak pertama ini tidak kecoh ialah kerana kami sudah mencuba selama tiga tahun. Sepanjang tiga tahun itu, bila tengok orang lain gembira dengan berita kandungan mereka dan tunjuk baby bump membuatkan kami rasa terkilan”

“Sama ada artis atau bukan artis, saya tahu ada ramai lagi pasangan yang belum dikurniakan anak dan masih mencuba. Saya faham perasaan mereka ini. Bukan kecewa, cuma rasa terkilan. Itu yang kami tidak mahu berita ini kecoh,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Selain itu, menurut pasangan yang turut merahsiakan jantina cahaya mata pertama mereka ini, mereka telah berbincang bahawa anak mereka nanti akan dibesarkan seperti kanak-kanak lain dan tidak terus popular selain terus diperkenalkan dengan lensa kamera ketika baru sahaja lahir.

“Saya hendak anak saya membesar seperti saya dan Lisa dahulu. Kalau boleh tidak mahulah baru-baru lahir kamera sudah di depan muka. Bukan hendak menyimpan hak eksklusif anak saya apatah lagi hendak terlalu menonjolkan anak kami kepada umum”

“Tetapi, kalau ada orang jumpa anak kami semasa kami bercuti atau membeli-belah, saya tiada masalah jika ada orang ambil gambar kami bersama anak-anak. Perkara itu normal sebab kami artis tetapi bukan menonjolkan dia sebagai artis, itu maksud saya,” jelasnya. (rtky/s)