fbpx

Yusry KRU Kongsikan Gambar Terbaru Anak

Sempena sambutan hari lahir Yusy KRU yang ke 43 tahun, nampaknya pelakon dan pengarah tersebut telah berbesar hati untuk berkongsikan gambar cahaya mata mereka, Yahaira Leanne di akaun Instagramnya.

BACA: Yusry KRU Tidak Kisah Lisa Surihani Gemuk

2- Yusry KRU Kongsi Gambar Terbaru Anak - ROTIKAYA

Melalui perkongsiannya di laman sosial itu, Yusry menjelaskan bahawa sambutan hari lahirnya pada tahun ini lebih bermakna kerana ia berkongsi tarikh yang sama Yahaira berusia sembilan bulan. Malah Yusry turut menghargai isterinya, Lisa Surihani di atas sambutan hari lahir yang paling bermakna itu.

Ternyata dengan perkongsian gambar tersebut ia turut mengakhiri penantian setia peminat Lisa dan Yusry untuk melihat Yahaira yang selamat dilahirkan pada 15 September tahun lalu. Comel betul Yahaira!

Sebelum ini, Yusry dan Lisa pernah memberitahu bahawa mereka tidak mahu memuatnaik gambar Yahaira kerana bimbang akan disalah guna. Apa pun, semoga pasangan ini akan terus kekal bahagia lebih lebih lagi dengan kehadiran cahaya mata pertama mereka ini. (rtky/s)