fbpx

Yusry KRU: Bukan Atas Katil!

Beberapa minggu kebelakangan ini, ada beberapa keping gambar pasangan selebriti Malaysia di atas katil menjadi perhatian ramai dan kami rasa anda tahu siapa yang kami maksudkan — dan pasangan Lisa Surihani & Yusry KRU terkena tempias.

Sekeping gambar lama yang menunjukkan Yusry KRU & Lisa Surihani seakan berada di atas katil lengkap berpakaian tidur turut mendapat perhatian. Hari ini, si suami memberikan kenyataan di Instagram sebagai penjelasan.

“Ini adalah set yg dibina oleh kelab peminat Lisa Surihani lebih setahun yang lepas di atas lantai function hall Flamingo Hotel. Bukan atas katil seperti didakwa sesetengah pihak. Tolong research sebelum sebarkan fitnah!” tulis Yusry KRU.

Lisa Surihani menerusi akaun Instagram beliau hari ini juga menyelar perbuataan individu yang melaporkan kisah bergambar di atas katil ini seperti perkara sahih dan berharap apa yang dijelaskan oleh suaminya itu menceritakan segalanya.

“Bagi mereka yang sudi dan setia mengikuti perkembangan kami tahu perkara yang sebenar dan tahu cerita yang tidak benar ini cuba disebarkan tanpa usul periksa dari pihak yang tidak bertanggungjawab”

“Tabloid, gossip & sebagainya sebagai ruangan adalah perkara biasa dan amat kami memahami, namun jika laporan yang tidak sahih yang dilaporkan berbunyi seperti statement, dengan rendah dirinya saya rasa itu tidak wajar”

“Kalau boleh jangan adakan sesuatu yang tidak ada. Saya berharap perkara ini menjelaskan perkara dengan sejelas-jelasnya,” tulis Lisa Surihani panjang lebar. (rtky/m)