fbpx

Yuna Sepanjang 2012 Di USA

Oleh kerana Yuna baru sahaja menerima penghargaan melalui lagu ciptaan beliau, Terukir Di Bintang pada Anugerah Juara Lagu ke 27 hujung minggu lalu, apalah kiranya kita melihat kerjaya seni beliau di USA.

Bukanlah kami terlebih rajin untuk bikin kompilasi khas perjalanan karier Yuna tetapi beberapa siri video yang di’kongsikan melalui laman Youtube menceritakan apa yang di’lalui penyanyi ini di bumi Uncle Sam itu.

Menyertai Fader Label sekitar Februari 2011 & menerbitkan album untuk pasaran USA sebulan selepas itu — Yuna mula melakukan jelajah seluruh Amerika Syarikat untuk mempromosikan muzik & identiti yang di’bawa termasuklah muncul di festival muzik Lolapalooza.

Video di’atas merupakan video terbaru kiriman Yuna yang membawa kita melihat sedikit sebanyak kehidupan seni beliau di sana & anda boleh lihat video lain’nya di laman Youtube rasmi Yuna. Enjoice!