fbpx

Yuna Kirim Bunga Buat Aizat

“A’ah itulah… dia bagi bunga (gelak). Eh, tapi entah-entah bukan betul dia yang bagi. Mereka ni yang saja jer agaknya,” itu respon Aizat Amdan memulakan perbualan sambil tersenyum malu apabila diusik dengan pertanyaan bagaimana persaannya bila menerima bunga daripada sahabat baiknya itu.

Aizat Amdan, 26, ditemui pada maljis pelancaran album ketiganya, Legasi bertempat Coliseum Cafe, Kuala Lumpur, semalam. Sewaktu majlis tersebut, seorang gadis menghulurkan sejambak bunga kepada Aizat lalu memaklumkan yang jambangan tersebut adalah kiriman daripada penyanyi bertaraf antarabangsa itu.

“Peluang dapat kerja dengan dia untuk album kali ni memang satu pengalaman yang cukup bermakna pada saya. Bukan Yuna saja, malah dengan Noh Salleh, Zee Avi dan Lan (Azlam & the Typewriter). Memang dari awal lagi saya sudah fikirkan mereka berempat ini kerana mereka juga antara individu yang memberi inspirasi dalam pengasilan lagu-lagu saya.

“Walaupun bukan senang sebenarnya saya nak dapatkan mereka sebab masing-masing sibuk, tapi mereka bagi komitmen yang sangat baik untuk album saya ini. Saya rasa sangat bertuah dapat berkolaborasi dengan mereka,” sambung Aizat lagi apabila diajak memulakan cerita lebih lanjut mengenai albumnya.

Peminat Bida Piring Hitam Edisi Terhad

Menariknya Legasi ditampilkan bukan bentuk digital sebaliknya berupa piring hitam berserta setbox eksklusif. Album ini adalah album paling lama untuk dihasilkan semenjak Aizat menceburi bidang muzik. Proses pra-produksi bermula sekitar awal taun 2013 manakala rakamannya pula beraya disiapkan pada awal tahun.

Memuatkan empat lagu kolaborasi Aizat dengan penyanyi-penyanyi pilihan hatinya iaitu lagu ‘Dwihati’ (feat Yuna), ‘We’ll Be Happy’ (feat Zee Avi) ‘Catwalk ke Balai’ (feat Lan) dan ‘In Love With You’ (feat Noh Salleh) serta satu lagu berjudul ‘Baru’ yang mana merupakan lagu ciptaan Aizat bersama abangnya Anas Amdan.

“Idea nak hasilkan dalam bentuk piring itam ni datang apabila saya lihat koleksi-koleksi piring hitam yang dikumpul oleh ayah dan ibu saya. Antara yang paling saya suka ialah piring hitam Uji Rashid untuk album Kali Terakhir Ku Lihat Wajahmu. Saya suka kulit albumnya sebab unik”

“Jadi dari situ terfikir alangkah bermaknanya kalau saya pun ada karya dalam bentuk piring hitam yang saya rasa ia kana dikenang hingga ke generasi akan datang, sehingga bila-bila. Selain itu lagu-lagu dalam album ini saya inpirasikan daripada seniman agung Allahhyarham Tan Sri P. Ramlee yang mana pada zaman beliau memang menggunakan piring hitam”

“Saya harap saya menerusi album ‘Legasi’ ini dapat memberi gambaran corak warna muzik peninggalan zaman ini untuk dihayati olehh generasi masa depan,” tuturnya dengan nada teruja.

Bagaimanapun hanya sebanyak 222 unit piring hitam saja yang diedarkan. Ini kerana kos untuk menghasil piring hitam ini menelan belanja yang agak tinggi. Namun peminat boleh mendapatkannya dengan cara membida. Bidaan paling tinggi akan memiliki album yang cukup unik ini.

Tambah istimewa Legasi juga dipakejkan di dalam satu kotak hitam eksklusif beserta album gambar berkulit tebal juga disertakan dengan sebuah USB Drive yang memuatkan lagu-lagu ‘Legasi’ di dalam bentuk digital. Kulit album menampilkan hasil tangan yang sangaat unik dan menarik hasil lakaran artis terkenal, Artech.

Selain itu, Setiap piring hitam akan mempunyai nombpor siri khas yang akan menjadikan tiap-tiap unit album ini lebih istimewa dan eksklusif. Pembidaan tiap-tiap unit akan bermula apabila sebuah unit piring hitam itu dibida dan akan berlangsung selama 10 hari dari tarikh ia mula dibida. Pembidaan tertinggi selepas tamat tempohh 10 hari akan diiystiharkan sebagai pembida yang berjaya.

“Piring hitam ni dihasilkan di Jerman dan kosnya agak tinggi. Sebab tu kita tidak boleh mengeluarkan dalam unit yang banyak, hanya 222 unit sahaja. Lagipun kita nak buat ia sangat-sangat eksklusif dan memberi impak serta nilai yang lebih berharga juga kepuasan para peminat juga pengumpul piring hitam”

“Peminat boleh dapatkan Legasi dengan cara membida. Mulai hari ini (semalam) peminat dah boleh bida bermula dengan harga RM150 menerusi laman web www.legasi.kge.com.my. Saya harap peminat juga pengumpul piring hitam tidak akan memberi sokongan kepada hasil muzik tempatan dan melepaskan peluang untuk mendapatkan album ini,” kata Aizat.

Perkembangan lain, Aizat baru dilantik sebagai duta baru Nescafe untuk perasa Nescafe Latte Caramel. Selain itu dia kini sibuk menghasilkan lagu seorang artis kelahiran program realiti TV ‘Akademi Fantasia’. Bagaimanapun, Aizat enggan mendedahkan nama penyanyi tersebut, buat masa ini.

Dalam pada itu Aizat berkata kesibukan pada kerja membuatkan dia kini masih belum mempunyai teman wanita. Meskipun begitu dia sudah memikir tentang hal berkenaan.

“Saya rasa saya ni sibuk sangat dengan kerja dan jarang bersosial. Sebenarnya ibu saya pun dah mula bertanya-tanya tentang hal itu (kekasih). Dan saya pun ada terfikir tentang hal kahwin. Tapi buat masa ini saya belum ada teman wanita lagi,”  ujarnya mengakhiri perbualan. (rtky/fr)