fbpx

Yuna Kini Dalam Dilema Sertai Anugerah Juara Lagu Ke 29

Penyanyi Malaysia yang semakin mencipta nama di AMerika Syarikat, Yuna melahirkan rasa dilema untuk menyertai Anugerah Juara Lagu ke-29 kerana bimbang tidak dapat membuat persembahan pada hari pertandingan tersebut.

Yuna menjelaskan yang dia mempunyai banyak komitmen pada Januari depan & akan cuba untuk meminta kelonggaran pihak pengurusan untuk melepaskannya menyertai AJL 29.

“Insha Allah saya akan cuba untuk menyertainya walaupun mempunyai komitmen lain yang telah diaturkan pihak pengurusan di sana sepanjang2015 ini. Sungguh saya dalam dilema kena fikir banyak perkara dan saya akan cuba balik juga,” katanya selepas selesai sahaja konsert separuh akhir Muzik Muzik 29, Jumaat yang lalu.

Yuna turut menjelaskan dia masih belum lagi memikirkan bakal penggantinya untuk menyanyikan lagu Lelaki yang telah tersenarai ke peringkat akhir AJL29 dan masih berharap untuk pulang membuat persembahan. Dia juga bakal mengerjakan umrah pada 14 Disember ini.

“Tiada pengganti dan saya tak terfikir lagi ke arah itu. Saya berharap dapat balik dan membuat persembahan bersama dengan kawan-kawan finalis yang lain. Sebelum balik ke USA saya akan mengerjakan umrah pada 14 Disember iaitu selama 2 minggu saya akan berada di tanah suci”

Sebanyak 12 lagu yang layak berentap ke pentas Anugerah Juara Lagu 29 telah diumumkan. Lagu lagu tersebut adalah Di Pintu Syurga (Dayang Nurfaizah), Romancinta (Mojo), Gadis Jolobu (Waris & Dato‘ Hattan), Lelaki (Yuna), Masih Aku Cinta (Shila Amzah), Percayalah (Indah Ruhaila), Sesal Separuh Nyawa (Alyah), Rentak Laguku (Bunkface & Amy Search), Matahari (Hafiz Suip), Gilalah (Stacy), Apa Khabar (Sona One & Joe Flizzow) dan Malaikat (Hazama). (rtky/hfz)