fbpx

Yuna Gesa Berhenti Mengutuk Orang Atas Nama Agama

Selain menasihatkan golongan belia untuk mengambil peluang yang ada untuk berjalan melihat dunia, Yuna dalam masa yang sama turut menyatakan bahawa masyarakat berhenti memperkatakan orang lain atas nama agama.

BACA: Yuna Nasihatkan Anak Muda Merantau, Lihat Dunia

“Saya bersyukur kerana dapat belajar sangat belajar tentang hidup, bumi hijau Tuhan dan Islam lebih daripada ketika saya berada di Malaysia (semua ilmu saya tentang Islam adalah daripada ibu bapa saya yang mengalakkan saya berfikir dan kemudian mengamalkan)”

“Saya belajar bagaimana untuk menghargai perbezaan yang dicipta Tuhan dan itu membolehkan saya mempunyai kawan daripada segala jenis manusia. Jadi ini adalah kali terakhir saya menulis post sebegini”

“Jika anda membaca ini dan menganggap saya sudah ‘sesat’, saya rasa sangat sedih untuk anda, untuk ‘arrogance’ dan ‘ignorance anda’. Jika anda mahu terus berfikiran sempit, Yuna Zarai bukan untuk anda. Saya tak suka orang yang tak reti reti nak appreciate orang negara sendiri and tak abis abis rasa mcm dia hamba paling hebat dan perfect dalam dunia. Sudah lah tu nak condemn orang atas nama agama,” jelasnya di Instagram.

Apa yang diperkatakan oleh penyanyi yang semakin membina nama di peringkat antarabangsa ini ada betulnya juga. Namun setiap individu mempunyai pendapat masing-masing. Jalan terbaik adalah fokus kepada apa yang memberi kebaikan untuk masa depan daripada tidka habis menilai orang lain di sosial media. (rtky/s)