fbpx

Yuna & Big Bang Berkolaborasi Untuk Promosi Kakao Talk?

Semakin murah rezeki penyanyi kesayangan ramai ini jika benar berita ini. Yuna mengirimkan status terbaru beliau di Twitter baru baru ini dan berjaya timbulkan keterujaan peminat muzik pop Korea.

Yuna menyatakan pada 12 Mei 2013 lalu yang beliau baru sahaja tamat sebuah penggambaran untuk Kakao Talk dengan sebuah produksi di Los Angeles & di’sertakan hashtag penuh makna #KakaoTalkXBigBang.

Screen Shot 2013-05-13 at 10.10.19 PM

Kenyataan terbaru Yuna ini menimbulkan spekulasi beliau bekerjasama secara terus dengan kumpulan berpengaruh Big Bang untuk mempromosi aplikasi Kakao Talk yang memang popular di kalangan peminat.

Big Bang juga baru baru ini telah turun ke Jakarta untuk mempromosikan aplikasi ini & tidak salah jika berharap kumpulan ini akan turun sekali lagi ke Malaysia bertemu peminat mereka di’sini.