fbpx

Yuna Akui Terkilan Kena Tuduh Lupa Daratan

Selaku anak seni tempatan yang menempa nama di luar negara Yuna dalam masa yang sama turut bersedih kerana terdapat segelintir pihak yang mendakwa dirinya kini sudah mula lupa daratan.

BACA: Yuna Akui Masih Solo, Serah Jodoh Kepada Tuhan

“Kritikan yang paling teruk saya pernah terima ialah apabila orang menggelarkan saya seorang yang lupa daratan, lupa dari mana saya berasal. Yang menyedihkan kutukan itu bukan datang daripada orang dari negara luar, sebaliknya orang kita sendiri”

“Ianya satu perkara yang menyedihkan bila mana orang luar menyokong kerjaya saya, tetapi masyarakat di sini pula, bukan semua, hanya sesetengahnya tidak menyokong saya. Bukan mudah untuk saya meninggalkan keluarga di sini jadi saya perlukan segala sokongan dan dorongan positif dalam meneruskan kerjaya”

“Oleh itu, saya hanya memberikan fokus kepada peminat-peminat yang senantiasa menyokong sahaja,” katanya kepada Mynewshub. Yuna kini bernaung di bawah syarikat rakaman Verve Records yang dimiliki oleh pemenang anugerah Grammy, David Foster. (rtky/s)