fbpx

YoonA Dari SNSD Terpilih Sebagai Bintang Korea Paling Cantik Semulajadi

Kalau anda perasan, sehingga hari ini kalau berita K-pop yang kami tulis pasti berkaitan dengan SNSD (Girl's Generation). Jujur'nya kami minat mereka. Heh.

Sehingga kami mempunyai penulis tetap untuk segmen hiburan Korea, berita SNSD adalah berita K-pop untuk anda semua.

Sebuah program hiburan televisyen di Korea Selatan, Y-STAR telah menjalankan temuramah rawak bersama rakyat jelata untuk mencari siapakah bintang Korea yang memiliki wajah semulajadi paling cantik.

Antara nama yang menjadi sebutan ramai peserta adalah YoonA dari kumpulan SNSD serta beberapa nama penyanyi wanita lain seperti Goo Hara (KARA), Park Bom (2NE1), Kang Min Kyung (Davichi) & G.NA.

Apabila pendapat pakar pembedahan plastik di'bawa masuk, rata rata mereka memilih YoonA, pelakon wanita Choi Kang Hee & Park Ha Sun sebagai tiga orang yang memiliki kecantikan semulajadi terbarik sebelum & selepas menjadi selebriti.

Antara mereka bertiga, YoonA pastinya menjadi pilihan pertama ramai pakar kerana beliau pandai menampilkan kecantikan semulajadi yang beliau miliki untuk kelebihan dalam kerjaya. via allkpop

zp8497586rq