fbpx

Pelopor makanan dan minuman Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad (“Yeo’s”) akan mengakhiri kempen “Sinari Kemuliaan Ramadhan Bersama Yeo’s : Beramal Bersama Bintang & Menang Duit Raya” dengan acara “Kem Ramadan Yeo’s 2015” untuk Ramadan tahun ini.

Bertujuan dalam menjadikan satu platform dan galakan kepada rakan-rakan Muslim untuk meneruskan amalan berbuat baik ketika Ramadan, ianya juga berhasrat mengeratkan silaturahim dalam komuniti apabila pelbagai bangsa, agama juga latar belakang dijemput menyertai Kem ini di Shah Alam Convention Centre pada 11 Julai lalu.

Bermula dari kempen “Sinari Kemuliaan Ramadhan Bersama Yeo’s : Beramal Bersama Bintang & Menang Duit Raya” yang telah dilancarkan di bulan Mei, Yeo’s bersama enam bintang terkenal tanahair seperti Akim Ahmad, Atikah Suhaime, Ajak Shiro, Nad Zainal, AG dan Heliza Helmi mengalakkan rakyat Malaysia mengumpul nilai derma untuk enam buah rumah kebajikan terpilih.

Antara enam buah rumah kebajikan yang terlibat adalah Pusat Jagaan Rumah Kesayangan (RUKESA), PJ; Teratak Nur Barakah, Shah Alam; Pertubuhan Nur Kasih, Klang; Rumah Kebajikan Anak Yatim Al-Khairiah, Klang; Rumah Aman, Sungai Buloh dan Rumah Opah Hasnah, Klang.

Berkonsepkan satu belian bersamaan dengan satu nilai derma dan disertai melalui Akaun Rasmi Wechat Yeo’s Malaysia telah melabuhkan programnya pada 5 Julai yang lalu. Nilai derma yang terkumpul akan disalurkan kepada rumah-rumah kebajikan terpilih melalui Kem Ramadan Yeo’s 2015.

Melalui Kem ini, peserta-peserta diajak turut serta bersama bintang berpuasa selama satu hari dan melakukan kerja amal bergotong royong dan pembersihan di rumah kebajikan yang diwakili mereka masing-masing. Selain kerja amal di rumah kebajikan, kem sehari ini juga bakal dimeriahkan dengan aktiviti menarik seperti senamrobik, cabutan bertuah, persembahan dari bintang-bintang juga peluang berbuka puasa bersama-sama.

Pemenang “Menang Duit Raya” juga telah diumumkan pada hari tersebut di mana hadiah utama wang tunai sebanyak RM30,000, hadiah kedua wang tunai sebanyak RM15,000 dan hadiah ketiga wang tunai sebanyak RM 10,000.

Untuk mengatahui perkembangan terkini mengenai Yoe’s, layari laman sesawang Yeo’s di www.yeos.com.my. Juga layari Instagram #yeosramadhan untuk melihat aktiviti Kem Ramadan tahun 2015.