fbpx

Yazid Search Masih Menunggu Buah Pinggang

Rupanya sudah lebih enam tahun Yazid Ahmad atau lebih dikenali dengan Yazid Search menunggu menunggu penderma yang bermurah hati, pemain dram kumpulan Search ini percaya akan ada seorang insan yang sudi membantu mendermakan buah pinggang kepadanya.

Yazid Search Masih Menunggu Buah Pinggang - ROTIKAYA_in

“Saya sekali lagi merayu jika ada pihak yang sudi menderma. Saya benar-benar memerlukannya ketika ini. Kita tahu memang susah sikit mahu mencari penderma organ, tetapi saya tetap berharap. Sebagai pesakit buah pinggang memang apa yang saya lalui sejak enam tahun lalu bukan mudah”

“Sebab itu kalau boleh saya mahu segera sembuh,” katanya yang dimasukkan semula ke wad Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak seminggu lalu. Menurut Yazid, dia dimasukkan ke wad setelah doktor mendapati terdapat keracunan di bahagian jantungnya.

Atas nasihat doktor, dia tidak dapat menjalani ibadah puasa atas nasihat doktor. Selain itu, dia mungkin juga akan terus ditahan di hospital sehingga Aidilfitri.

Dalam pada itu, menurut laporan Utusan Malaysia, sehingga kini belum ada seorang pun ahli anggota Search yang bertanya khabar kepadanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun Maybank bernombor 014271219686 milik Yazid. (rtky/s)