fbpx

Yazer & Ekin (AF3) Bakal Nikah Hujung Tahun Ini

Bak kata orang lama, kalau jodoh tidak akan ke mana. Begitulah boleh dikatakan buat pasangan ini yang pernah putus cinta sekitar hujung tahun lalu namun kerana takdir dan jodoh itu masih kuat, Yazer & Ekin (AF3) bakal bernikah hujung tahun ini.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Yazer kepada mStar Online selain memaklumkan yang majlis pernikahan mereka akan berlangsung di kampung halaman Ekin di kmpung Bebuloh Laut, Labuan, Sabah pada 28 Disember — resepsi juga pada hari sama.

“Jujurnya, saya sangka jodoh kami tidak panjang lebih-lebih lagi bila kami putus pada November tahun lalu. Selepas masing-masing bermuhasabah diri, saya mengambil keputusan untuk memujuk Ekin pada April lalu dan terus melamarnya tanpa membuang masa,” jelas Yazer.

Yazer menambah beliau belum merancang untuk mengadakan majlis di kampungnya di Tawau.

Beliau turut bersyukur apabila Ekin menerima lamaran beliau & tidak mengambil masa terlalu lama untuk berfikir dan sedar ada hikmah disebalik perpisahan mereka.

“Saya anggap ada hikmahnya kami berpisah sementara. Masing-masing berfikir tentang hala tuju hubungan ini apatah lagi kami susah senang bersama. Saya percaya sukar untuk kita mencari pasangan yang sanggup jatuh bangun bersama-sama,” tambahnya. (rtky/m)