fbpx

Yazer AF Akui Kesilapan Muat Naik Selfie Atas Katil

Awal bulan lepas, pasangan bekas peserta Akademi Fanatsia 3 (AF3) Yazer & Ekin terima perhatian ramai selepas mereka memuatnaik sekeping gambar mereka bersama di atas katil dan berhujan kritikan hadir lebih lebih lagi apabila mereka seakan tidak berbaju dalam gambar tersebut.

Bercakap kepada mStar Online hari ini, Yazer mengakui tindakan mereka itu satu kesilapan besar walaupun niat asal hanyalah untuk memberitahu yang mereka berdua sudah berada di kampung halaman iaitu Kampung Bebuloh Laut, Labuan.

BACA: Peminat Tegur Tindakan Yazer & Ekin AF3 Bergambar Atas Katil

“Jujurnya kami tidak sangka foto tersebut akan menimbulkan isu di kalangan netizen. Apabila ia menjadi viral, ia membuatkan saya gelisah. Saya belajar dari kesilapan iaitu walaupun kami suami-isteri, apabila timbulnya isu seperti ini, ia agak sensitif di kalangan masyarakat,” ujarnya.

Yazer turut menambah yang mereka kini lebih berhati hati dalam memuatnaik gambar ke akaun sosial mereka dan akan berusaha untuk terlibat dengan kontroversi lagi selepas ini.

“Dari dulu lagi saya cuba elak daripada terjerumus dengan kontroversi. Saya mahu orang melihat kerjaya saya yang berkembang. Tetapi sebaliknya pula berlaku.Apa-apapun kami akan lebih berhati-hati selepas ini,” tambahnya lagi. (rtky/m)