fbpx

Yatt Hamzah Menarik Balik Permohonan Cerai

Pelakon Yatt Hamzah hari ini (Isnin) menarik balik permohonan cerai terhadap suaminya iaitu Abdul Mutalib Abdul Shukor yang difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di sini pada 24 Februari lalu.

BACA: Yatt Hamzah Menyesal Failkan Cerai Terhadap Suami

Saifullah membenarkan permohonan itu ditarik balik selepas pasangan tersebut mencapai kata sepakat untuk meneruskan kehidupan sebagai suami dan isteri. Yatt dan suaminya turut menghadiri perbicaraan tersebut bersama peguam Syarie, Nuraini Fauzi.

Terdahulu, pada 12 Mac lalu, pelakon itu dan pasangannya meminta kepada mahkamah yang sama tempoh sebulan untuk menyelesaikan masalah rumah tangga mereka cara baik.

Sementara itu, Abdul Mutalib dan Yatt ketika ditemui diluar mahkamah bersyukur dengan keputusan itu selain menganggap ia mempunyai hikmah tersendiri dan berharap semua pihak dapat mendoakan kebahagian mereka berdua. (rtky/s)