fbpx

Wartawan Dedahkan Senarai Finalis Gegar Vaganza?

Siaran minggu kedua hujung minggu lalu menyaksikan Hasnol telah menjadi peserta pertama yang tersingkir dari persaingan epik Gegar Vaganza yang kini diteruskan oleh 11 peserta yang lain.

Pengacara Nabil Ahmad dan Jihan Muse mengumumkan 10 peserta layak meneruskan persaingan ke minggu ketiga menjadikan dua peserta lagi iaitu Hasnol dan Sam Innuendo berada dikedudukan terendah. Dan, nasib tidak menyebelahi Hasnol.

“Nombor satu, malam ni saya demam. Nombor duanya saya batuk. Nombor tiganya selsema teruk. Tapi Alhamdulillah semuanya lepas dan saya berterima kasih kepada pihak produksi Gegar Vaganza dan juga Astro serta kesemua juri,” katanya.

Namun yang menariknya berkaitan program ini, seorang wartawan senior dalam dunia hiburan hari ini telah menulis satu laporan yang turut menyenaraikan nama peserta yang bakal ke peringkat akhir Gegar Vaganza, yang memang kita ketahui satu program rakaman.

“Rakaman rancangan hiburan menarik di Astro Ria, Gegar Vaganza sudah labuhkan tirai separuh akhir dengan menyaksikan enam artis bakal berentap di pentas final”

#01 Wartawan Dedahkan Senarai Finalis Gegar Vaganza? - ROTIKAYA

“Mereka ialah Ifa, Rahmat Mega, Mamat (bekas Exist), Haleeda, Ayai Ilusi dan Fazli Zainal. Shima yang diharap ramai ke final, tersingkir di pusingan penting itu. Suaranya hebat tapi markah juri tak memihak kepadanya. Juri tetap Datuk Ramli MS, Datuk Khadijah Ibrahim. Juri jemputan malam itu Datuk Yusof Haslam dan Ning Baizura,” tulis wartawan itu.

Tidak seronok pula rasanya untuk menonton program itu selepas ini jika benar seperti apa yang disampaikan. Hilang rasa debaran, heh. (rtky/m)