fbpx

Waris Buka Kedai Vape Untuk Didik Masyarakat

Pengalaman setelah bergelar suami membuatkan Waris menyedari nikmat kehidupan berumah tangga malah demi kelangsungan keluarga yang baru dibinanya itu, penyanyi ini juga kini telah membuka sebuah kedai vape di Gombak Selangor, baru-baru ini.

BACA: Waris Dahulukan Permintaan Isteri Tersayang

“Saya membuka bisnes ini pun sebab pengalaman diri saya sendiri yang sudah mampu untuk meninggalkan rokok. Memang pada mulanya, agak kekok dan tidak biasa dengan vape tetapi lama-kelamaan, saya semakin selesa dan tidak lagi menghisap rokok,” jelasnya kepada portal The Rakyat Post.

Waris juga menjelaskan dia mahu mengambil peluang berniaga vape yang kini sedang menjadi trend, malah dalam masa yang sama mendidik masyarakat tentang kebaikan vape yang jauh lebih sihat daripada rokok.

Selain itu, menurut penyanyi ini dia dan isterinya kini juga sememangnya tidak sabar untuk menjadi ibu dan bapa serta turut berhasrat untuk memiliki anak secepat yang mungkin dengan izin Allah. (rtky/s)