fbpx

Walaupun Bergelar Jutawan, Nadia Annuar Selesa Hidup Sederhana

Biar pun dirinya sudah pun memegang gelaran jutawan namun bagi pengacara, Nadia Annuar, dia lebih selesa menjalani kehidupan sederhana kerana sejak kecil dia dibesarkan secara sederhana dan tidak terlalu disogok dengan kemewahan.

BACA: Di Sekitar Majlis Pernikahan Nadia Annuar, Suami

“Saya bekerja keras seperti orang lain, bangun pukul enam pagi setiap hari untuk ke Sri Pentas mengacarakan program Malaysia Hari Ini dan selepas itu ada kerja-kerja penyiaran lain hingga malam. Saya tidak pernah menganggap kehidupan saya sudah selesa dengan apa yang ada ini kerana sejak kecil lagi diajar untuk hidup sederhana,” katanya.

Selain itu, pengara jelita yang juga merupakan anak kepada Pengasas Pravenus Beauty Sdn Bhd, Zaiton Hassan atau lebih dikenali dengan nama Kak Ton, kini turut hamil tiga bulan hasil perkahwinan keduanya November tahun lalu bersama seorang jutawan muda, Hafiz Salleh.

“Begitu juga dengan anak-anak saya nanti, saya tidak mahu mereka terlalu dimanjakan dengan kemewahan dan kalau boleh saya ingin lihat mereka menjadi seperti kanak-kanak lain. Malah saya tidak pernah terfikir untuk menghantar mereka ke sekolah antarabangsa kerana bagi saya sekolah kerajaan pun tidak kisah,” ujarnya. (rtky/s)