fbpx

Wak Doyok & Azrinaz Mazhar Hakim Bertunang?

Jika sebelum ini terdapat desas-desus mengatakan pasangan sama padan, Wak Doyok dan Azrinaz Mazhar Hakim mempunyai hubungan istimewa kini mereka dikhabarkan telah mengikat tali pertunangan pada 23 Julai lalu. Majlis pertunangan yang dilangsungkan secara tertutup itu telah diadakan di rumah personaliti TV3 itu di Desa Hartamas, Kuala Lumpur.

BACA: Wak Doyok Bengang Dituduh Gay Dengan Myo

“Majlis pertunangan mereka secara tertutup sahaja. Hanya membabitkan keluarga terdekat dan tida ramai tetamu luar dijemput hadir. Azrinaz disarungkan cincin pertunangan oleh ibu kandung Wak Doyok sendiri dalam majlis yang berlangsung secara sederhana,” tulis akhbar Utusan Malaysia didalam slot Mingguan Malaysia mengenai perkara berkenaan.

Menurut laporan Mingguan Malaysia lagi, majlis pertunangan yang telah diadakan secara sederhana dan tertutup itu hanya dihadiri oleh keluarga terdekat bagi kedua belah pihak lelaki dan perempuan sahaja. Malah pada majlis itu juga tidak dimaklumkan terdapat mana-mana selebriti tempatan yang turut hadir meraikan pasangan merpati dua sejoli itu bertunang.

Walau apapun, jika benar berita yang disampaikan ini sekalung tahniah diucapkan kepada pasangan, Wak Doyok dan Azrinaz Mazhar Hakim diatas majlis pertunangan mereka. Diharap selepas ini mereka tampil memberikan pengesahan supaya tidak timbul spekulasi yang tidak sedap kedengaran. Dan semoga segala perancangan perkahwinan dipermudahkan. (rkty/w)