Oleh RotiKaya Staff pada
06 September 2012, 12:09PM

Terlepas untuk menunjukkan bakat anda ketika program realiti nyanyian ini berlangsung tahun lalu? Vokal Bukan Sekadar Rupa bakal kembali untuk musim kedua.

cheap cigarettes

Dan mereka kini sedang mencari peserta yang berbakat dan sesuai untuk di'ketengahkan melalui satu satu'nya platform yang meletakkan bakat sebagai ukuran utama.

Menariknya, jika tahun lalu platform ini di'buka eksklusif untuk mereka seperti kami yang tiada rupa dan personaliti, tahun ini ujibakat di'buka kepada semua yang berminat.

Tidak bermakna pihak Vokal Bukan Sekadar Rupa mencari eye candy untuk program mereka, tetapi lebih kepada meluaskan skop mereka yang mempunyai bakat terpendam.

Untuk musim kali ini, Azmeer & Mas Idayu di'beri tugas untuk memilih peserta yang layak ke pentas Vokal Bukan Sekadar Rupa di seluruh Malaysia bermula Sabtu ini. Berminat?

Anda perlu berumur 18 sehingga 25 tahun & perlu membawa gambar berukuran 4R (gambar profil dan paras pinggang) serta minus one untuk lagu yang ingin di'sampaikan.

Hadirkan diri anda ke lokasi berikut untuk sessi ujibakat Vokal Bukan Sekadar Rupa musim kedua ini;

8 & 9 September 2012 – Sri Pentas TV3, Bandar Utama
15 & 16 September 2012 – Kota Kinabalu, Sabah
29 & 30 September 2012 – Kuching, Sarawak
6 & 7 Oktober 2012 – Sri Pentas TV3, Bandar Utama

zp8497586rq

Komen & Lain-lain