fbpx

Vin Diesel Umum ‘Fast & Furious 8’ Bakal Ditayangkan April 2017

Bercakap kepada lebih 4,000 pemilik panggung wayang di Amerika Syarikat pada acara tahunan CinemaCon, Vin Diesel mengumumkan yang filem seterusnya dalam siri Fast & Furious akan menerjah pagawam seluruh dunia pada tahun 2017.

Lebih tepat, Fast & Furious 8 akan mula ditayangkan di Amerika Syarikat (dan harapnya serentak ke seluruh dunia) pada 14 April 2017 nanti — namun tajuk masih belum diputuskan.

BACA: Fast & Furious 7 Kutip RM3.6 Billion Selepas 17 Hari

Sebelum ini Vin Diesel turut memberikan bayangan yang filem seterusnya untuk Fast & Furious akan menjalani penggambaran penuh di kota New York selain pengenalan Kurt Russell dalam filem ketujuh baru baru ini merupakan permulaan untuk kesinambungan lebih hebat.

Jadi anda ada masa kurang lebih dua tahun untuk menunggu filem kelapan Fast & Furious, agak lama tetapi harapnya berbaloi buat peminat tegar siri filem ini. (rtky/m)