fbpx

Yuna & Qi Razali Berduet Untuk OST Filem Pertama Arahan Bront PalaraeNampak atau tidak kami cuba sumbat seberapa banyak info dalam tajuk entri kali ini kerana kami excited dengan apa yang baru kami ketahui hari ini. Heh.

Pertama sekali, kami tidak tahu yang Bront Palarae sudah pun bergelar pengarah & nampaknya filem pertama beliau bejudul Kolumpo akan menjengah ke pawagam tidak lama lagi.

Filem arahan pertama Bront Palarae bersama dua pengarah lain iaitu Sheikh Munasar and Rozi Izma Abdul Karim ini di’terbitkan oleh OTTO Films dan di’jadual tayangan pada 2013.

Keduanya, runut bunyi pertama yang di’lancarkan di Youtube semalam merupakan duet antara Yuna & Qi Razali berjudul KL Kita — kolaborasi rasmi mereka yang pertama kami kira.

Bersandarkan status antara mereka berdua yang kini sudah tidak berpacaran, kolaborasi ini kini kelihatan lebih menarik dan sebenarnya kami lebih teruja dengan filem Kolumpo sendiri.

Filem Kolumpo di’bintangi oleh Sharifah Amani, Azad Jasmin, Ruminah Sidek, Shoffi Jikan, Mano Maniam, Sabri Yunos, Nell Ng, Amerul Affendi, Azhan Rani, Along Eyzendy & Amirul Ariff.