fbpx

Video Lucah Ustaz Azhar Idrus: Niat Jahat Jatuhkan Ulama

Awal hari ini kecoh di media sosial akan penyebaran sebuah video yang dikatakan aksi seks Ustaz Azhar idrus. Nakal sungguh dakwaan yang dilemparkan dan dalam satu kenyataan rasmi kepada media, pembantu ulama terkenal itu menafikan semua fitnah tersebut.

“Bukan, jangan percaya. Itu adalah usaha terancang pihak tertentu untuk menjatuhkan bukan saja UAI tetapi juga golongan ulama di negara ini. Kebelakangan ini seperti sudah wujud trend untuk menjatuhkan golongan ustaz dan ulama ini,” ujar Zulkifli Wahab, pembantu UAI.

#01 Video Lucah Ustaz Azhar Idrus Satu Niat Jahat Jatuhkan Ulama - ROTIKAYA

“Ini kerana pihak yang berkenaan seperti tidak senang duduk apabila melihat masyarakat Islam di Malaysia sekarang semakin suka dan rajin ke majlis ilmu hingga program ceramah agama dan dakwah sudah menjadi fenomena sekarang”

“Justeru pihak tertentu sengaja merancang usaha kotor ini untuk jatuhkan ulama & memesongkan akidah umat Islam di negara ini,” tambahnya lagi.

Zulkifli turut menambah yang Ustaz Azhar Idrus akan meneruskan aktiviti ceramah beliau dan tidak terganggu dengan isu penyebaran video lucah palsu ini. (rtky/m)