fbpx

(Video) Alam Fantasi Ilham Yusry KRU Buat ‘Ku Bukan Aku’ Tilu

Kami ada satu pengakuan untuk kami dedahkan. Kami jatuh cinta sama ini lagu ala-indie dari Tilu, Ku Bukan Aku.

Ada orang kata nyanyian vokalis Tilu ini mirip lenggok nyanyian Yuna & kami berpendapat jauh panggang dari api. Jika ada persamaan pun, apa salahnya, lagu ini awesome!

Untuk menambahkan perisa lagu ini, mereka tampil dengan sebuah video klip arahan Yusry KRU yang bertemakan fantasi ala Alice in the Wonderland.

Walaupun jalan cerita video klip ini tiada kena mengena dengan cerita lagu, ia masih sebuah video klip yang baik. Ini bukan gossip.

Sesekali apa salahnya kami buat promosi untuk artis-artis yang baru hendak bernafas dalam dunia seni ini. Nanti sudah kaya raya, jangan lupakan media sudah ye Tilu.

Video klip rasmi ‘Ku Bukan Aku’ arahan Yusry KRU, dendangan kumpulan Tilu selepas ini. Seperti biasa, enjoice!