fbpx

Ustaz Kazim: Tidak Salah Ramli MS & Alyah Sorok Nikah

Pendakwah dan penceramah terkenal, Ustaz Kazim Elias hari ini memaklumkan tindakan Datuk Ramli MS & isterinya, Alyah menyembunyikan perkahwinan mereka tidak salah daripada segi Islam asalkan ia diketahui keluarga kedua dua belah pihak.

“Sebenarnya, perkahwinan kita sunat untuk diwar-warkan dan dengan itu kita juga disunatkan membuat kenduri walaupun dengan seekor kambing sahaja””

“Ini bererti, seekor kambing pun cukup untuk keluarga terdekat sahaja dan sekiranya pasangan itu enggan memberitahu kepada umum, itu hak mereka. Yang penting, perkahwinan itu sah dan keluarga terdekat sudah tahu,“ ujar Ustaz Kazim kepada mStar Online.

BACA: Ramli MS, Alyah Akan Adakan Resepsi Tertutup Hujung September Ini

Ustaz Kazim menambah yang orang ramai mahu pun pihak media tidak perlu terlalu bersungguh menyalahkan pasangan itu kerana mereka mungkin ada sebab-sebab tertentu apabila tidak mahu mendedahkan perkahwinan tersebut kepada umum.

“Tak payahlah nak hentam pasangan itu. Mereka tidak bersalah, malah ada hak mahu merahsiakan perkahwinan itu. Bagaimanapun, bagi pihak Ramli mahupun Alyah pula, mereka pun tidak perlu melatah kerana menjadi normal sebagai selebriti, masyarakat mahu tahu semua mengenai mereka,“ tambahnya lagi mengulas tentang isu ini. (rtky/m)