fbpx

Uqasha Senrose: Tidak Mahu Orang Nampak Kita Gatal

Baru baru ini menerusi media, Syafiq Kyle menjelaskan status beliau bersama Uqasha Senrose selepas ada khabar angin mengatakan mereka kini sudah berpisah selepas sudah jarang dilihat bersama. Penjelasan pelakon itu turut mengesahkan status yang mereka kini sedang bercinta.

Uqasha Senrose menerusi laporan Malaysian Digest hari ini mengakui terkejut dan terharu dengan pengakuan teman lelakinya itu sedangkan sepanjang perkenalan beliau mengetahui Syafiq Kyle bukan seorang yang suka hebahkan kisah peribadi lagi lagi kisah cinta.

BACA: Masih Bercinta, Syafiq Kyle Sudah Mula Kumpul Aset Sebelum Kahwin

“Apa yang saya kenal dia, dia memang susah nak berkongsi tentang hal peribadi sebab itu saya terkejut apabila dia buat kenyataan begitu. Kami pun sudah lama tidak berjumpa dan meluang masa bersama sebab masing-masing sibuk dengan penggambaran”

“Zaman sekarang ada macam-macam cara dan teknologi untuk kita berhubung. Saya terbaca kenyataannya itu di Twitter. Masa saya baca tu, saya hanya tersenyum saja dan terharu. Kalau dia dah mengaku macam tu, saya rasa tak perlu saya nak komen apa-apa,” ujarnya.

Uqasha Senrose menambah yang beliau bukan sengaja mahu sembunyikan status hubungan dengan Syafiq Kyle tetapi lebih kepada menjaga adab sebagai seorang perempuan dari menjaja kisah peribadi dan dituduh gatal.

“Sebagai perempuan, tak manis pula kalau kita yang bercerita, nanti nampak macam kita lebih-lebih pula. Tak mahu nanti orang nampak macam kita yang gatal. Jadi, saya kena jaga maruah saya,” tambahnya lagi. (rtky/m)