fbpx

Uqasha Senrose: Pekin Minta Putus, Batal Perkahwinan

Baru sangat rasanya pasangan ini memberikan kenyataan yang mereka sedang rancak membuat persiapan perkahwinan namun laporan akhbar hari ini ada menyebut Uqasha Senrose dan Pekin Ibrahim kini sudah putus cinta & batalkan perancangan mereka.

BACA: Uqasha Senrose, Pekin Mula Buat Persiapan Kahwin & Tidak Tolak Tajaan

Bukan sekadar khabar angin bawaan orang, Uqasha Senrose sendiri melalui Berita Harian hari ini mengakui yang Pekin Ibrahim telah meminta supaya mereka memutuskan hubungan cinta atas alasan tiada kesefahaman.

“Dia (Pekin) yang minta putus dua hari lalu (3 Februari). Kami tiada persefahaman dan itu keputusan dia. Kalau nak tahulebih tanyalah sendiri padanya. Hasrat kami untuk berkahwin tahun ini juga nampaknya tidak akan menjadi kenyataan”

“Saya hanya mampu berserah dan reda dengan keputusan ini. Semuanya soal takdir dan jodoh itu sendiri adalah rahsia Tuhan,” ujar Uqasha Senrose yang turut mengakui masih ada perasaan sayang terhadap Pekin Ibrahim.

Pekin Ibrahim Nafi Putus Cinta

However ya para pembaca, Pekin Ibrahim yang ditemubual wartawan yang sama menafikan bahawa hubungan mereka sudah putus dan merasa pelik jika ada ‘orang cakap’ yang mereka sudah berpisah dan batalkan rancangan perkahwinan.

“Hubungan kami masih OK. Pelik juga kalau ada yang cakap kami sudah putus. Hal untuk berkahwin pun masih dalam perbincangan dan tarikh kahwin juga masih belum ditetapkan lagi,” ujar Pekin Ibrahim menjawab persoalan kisah cintanya ini.

Major miscommunication dude, major.