fbpx

Uqasha Senrose Mengadu Ada Masalah Dalam Hubungan Kepada Ibu

Berbeza dengan kenyataan yang diberikan Uqasha Senrose kepada sebuah portal hiburan semalam, ibu kepada pelakon ini mengatakan yang anaknya itu pernah mengadu mempunyai masalah dalam hubungan bersama Pekin Ibrahim.

BACA: Uqasha Senrose Nafi Hubungan Ada Masalah (ext.)

“Uqasha ada beritahu saya tentang masalah dalam hubungannya dan sekarang saya tunggu mereka berdua untuk menjelaskan keadaan sebenar, apa yang berlaku,” ujar Rosmizai Mohd Nor yang dihubungi oleh mStar Online semalam.

Namun ibu Uqasha Senrose menolak dakwaan yang mengatakan pasangan itu sudah pun putus tunang seperti yang menjadi bualan ramai semalam.

“Biasalah dalam tempoh pertunangan ini ada sahaja dugaannya, namun secara rasmi mereka belum putus. Saya pun tidak boleh komen banyak sebab tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku tapi apa-apa pun yang terjadi saya hanya doakan mereka dapat buat keputusan yang terbaik”

Pasangan Uqasha Senrose & Pekin Ibrahim bertunang pada 9 Julai yang lalu.