fbpx

Uqasha Senrose Enggan Komen Gosip Cinta Dengan Kerabat

Seringkali memuat naik gambar mesra bersama, Uqasha Senrose memilih untuk berdiam diri dan enggan mengulas lanjut mengenai gosip cinta yang mengaitkan dirinya dengan seorang jejak dari kerabat Pahang yang dikenali sebagai Tengku Bakar. Selain itu, beliau pada masa yang sama turut meminta orang ramai memahami keadaannya yang cuba berdiam diri.

BACA: Uqasha Senrose Akui Sukar Bangun Sahur

“Lebih elok sekiranya saya tidak mengulas apa-apa mengenai hal itu. Saya berharap semua pihak dapat memahami situasi saya,” katanya kepada Berita Harian Online mengenai desas-desus hubungan cinta diantara beliau dan jejaka kerabat Pahang.

Sebelum ini, Uqasha dan Tengku Bakar yang juga merupakan seorang ahli perniagaan sering dilihat bersama ketika diluar, malah mereka juga selalu memuat naik gambar mereka berdua menerusi akaun Instagram masing-masing. Selain itu, dikhabarkan Tengku Bakar juga antara individu penting yang merancang dan merealisasikan majlis sambutan harijadi Uqasha.

Apapun, jika benar Uqasha dan Tengku Bakar mempunyai hubungan istimewa, rasanya tidak salah untuk berkongsikan berita itu dengan peminat. Pasti mereka teruja ingin mengetahui percintaan mereka berdua yang kelihatan memang sama cantik sama padan. (rkty/w)