fbpx

Uqasha Senrose Dikritik Kerana Sentuh Keith Foo

Umum mengetahui bahawa baru-baru ini pelakon cantik, Uqasha Senrose ada terlibat didalam pementasan teater Ombak Rindu, dan sekeping gambar yang juga salah satu babak didalam teater tersebut menunjukan Keith Foo menyentuh pipi beliau telah dimuat naik di laman Instagram.

BACA: Uqasha Senrose Dakwa Hafidz Roshdi Kurang Matang, Jadi Punca

Screen Shot 2016-05-05 at 10.58.45 AM

Disebalik kata-kata pujian lakonanya didalam teater itu, terdapat beberapa peminat yang tidak senang dengan tindakan pelakon itu yang membiarkan Keith Foo menyentuh pipinya kerana imejnya yang bertudung. Rata-rata mengkritik Uqasha yang seolah bertudung kerana fesyen.

Nampaknya ruangan komen menjadi medan perbalahan pada masa kini apabila, ada yang tampil mempertahankan pelakon kesayangan mereka itu dengan mengatakan tindakan Uqasha dibuat kerana tuntutan kerja dan karekter supaya cerita yang disampaikan nampak lebih nyata. (rkty/w)