fbpx

Ummi Nazeera Kini Sudah Bertunang?

Walaupun sebelum ini pernah menyatakan dirinya enggan memikirkan soal cinta kerana mahu mementingkan kerjaya, Ummi Nazeera dikhabarkan telah selamat bertunang. Tidak pernah bercerita lanjut mengenai kehidupan peribadinya, mahupu identiti kekasih, Ummi seolah-olah mengejutkan ramai orang dengan beberapa gambar persiapan perkahwinannya di Instagram.

BACA: Ummi Nazeera Tidak Mahu Bercinta Buat Masa Ini

Kepada peminat yang mengikuti perkembangan pelakon ini di laman sosial, memang kelihatan beberapa keping gambar yang dimuat naik menunjukan beliau sedang membuat persiapan perkahwinan. Biarpun tidak mendedahkan wajah tunangnya kepada umum, namun Ummi dilihat sakan memuat naik video keluarganya melakukan sesi latihan untuk akad nikah nanti.

Berita gembira ini juga mungkin sudah agak lama dihidu oleh peminat yang mengikuti Ummi di Instagram. Malah ruangan komen media sosial Ummi juga sudah dibanjiri dengan ucapan tahniah dari peminat yang gembira dengan perkahwinan beliau. Ramai juga yang rasa tidak sabar ingin melihat bakal suami pelakon kesayangan mereka ini bersanding.

Apapun, Ummi masih belum mendedahkan atau pun mengeluarkan sebarang kenyataan mengesahkan gosip ini. Namun jika benar berita ini, tahniah diucapkan kepada Ummi dan pasangan. Semoga perkahwinan yang dibina akan berkekalan hingga ke Jannah. (rkty/w)