Ummi Nazeera Nafikan Berkahwin Dalam Masa Terdekat, Belum Bersedia | ROTIKAYA

Oleh RotiKaya Staff pada
29 November 2012, 8:11AM

Kali terakhir kami dengar perkhabaran aktress ini tentang kekasih beliau adalah pada Februari 2012 lalu. Hampir setahun kemudian, Ummi Nazeera membuka mulut.

Bercakap kepada Kosmo!, Ummi Nazeera mengakui sedang berkawan rapat dengan jejaka yang di’maksudkan tetapi belum memikirkan apa apa tentang perkahwinan.

Menurut aktress ini lagi, lelaki itu merupakan seorang senior beliau di universiti & sudah pun balik ke Malaysia kerana tamat pengajian — tetapi mereka masih berhubung rapat.

“Insya-Allah, jika ada jodoh dan takdir dengan dia, saya akan terima. Bagaimanapun, apa yang penting sekarang, saya perlu tamatkan dahulu pengajian,” ujar Ummi Nazeera.

Ummi Nazeera bagaimanapun nafikan yang percintaan dengan jejaka bernama Aizat ini adalah kerana beliau sudah serik akan pengalaman bercinta dengan teman artis.

“Saya tidak kisah bercinta dengan sesiapa pun, asalkan lelaki itu mempunyai latar belakang yang baik, beragama dan juga berpendidikan, itu sudah memadai,” tambah beliau.


Komen & Lain-lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>