Ummi Nazeera Bakal Nikah 3 Ogos Ini
Oleh RTKY Editor pada
21 April 2017, 5:04PM

Menerusi akaun Instagram sebentar tadi, Ummi Nazeera telah mengumumkan tarikh perkahwinannya bersama tunangnya yang juga merupakan seorang doktor yang dikenali sebagai Dr Izzar pada 3 Ogos depan. Bagaimanapun majlis pernikahan tersebut akan dilangsungkan secara tertutup dengan dihadiri rakan-rakan sahaja.

BACA: Bercuti Di India Buat Ummi Nazeera Insaf



“Assalamualaikum dan salam sejahtera. Untuk makluman semua sahabat handai dan rakan taulan yang Ummi kasihi. InsyaAllah dengan izin Allah swt, majlis Ijab & Qabul Ummi dan Dr Izzar akan diadakan pada 3hb Ogos 2017 bersamaan 10hb Zulkaedah 1438 Hijriah”

“Majlis ini akan diadakan secara tertutup dan hanya akan dihadiri ahli keluarga terdekat sahaja. Majlis Resepsi sebelah Ummi akan diadakan dua kali, pada 5hb Ogos 2017 bersamaan 12hb Zulkaedah 1438 Hijriah dan pada 12hb Ogos 2017 bersamaan 19hb Zulkaedah 1438 Hijriah. Kad jemputan akan akan mula diedarkan pada bulan Jun,” tulisnya.



Terdahulu Pasangan ini telah bertunang juga dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan pada 11 Disember tahun lalu. Kedua-duanya berkenalan menerusi ibu pemuda terbabit pada sebuah majlis pada 29 Januari tahun lalu. Malah kata Ummi lagi, bulan Ogos sengaja dipilih mereka kerana ianya bulan kelahirannya yang ke 27 tahun. (rtky/w)


Komen & Lain-lain
14 komen untuk “Ummi Nazeera Bakal Nikah 3 Ogos Ini
  1. Kak NaM says:

    Lamanyer nak kawin lg!!!!faye dh kawin ngan azmi dh….9.4.2017…

  2. Tak lama lagi bulan ogos semoga tau.

  3. Selamat semalam penat nak tidur esok smbung chat lha..

  4. brutal utara says:

    Awat la wat tertutup. Wat la terbuka. Bleh suma tgok. Ni kalo tertutup,nk kna teropong ja dlm fb,ig,rk n bla³..

  5. nani says:

    bagus lah buat majlis tertutup… lebih private dan santai. Moga selamat bernikah pada bulan ogos nanti. Kita tunggu gambar aje lah macam biasa.

  6. Ok lh ko… semoga awak bahagia selamat bernikah pada bulan ogos tau. Esok hbis chat tutup rotikaya.

  7. Saya baru faham kalau awak ttup teropong sila lh..

  8. Mie monster says:

    Kisah pulakk aku

  9. Bukan kak nam says:

    Bijak ummi memilih suami.. pilih yg berilmu ada kerjaya.. bukan anak menteri yg goyang kaki

  10. Bukan kak nam juga says:

    Baguslah buat secara tertutup
    Tak payh lah gebang berapaas kahwin semua
    Sederhana itu lebih baik
    Ai loike

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *