fbpx

Tunang Cemburukan Adegan Mesra Shukri Yahya Dalam Drama DILB

Drama yang hangat ditayangkan di slot TV3, Dia Isteri Luar Biasa menjadi bualan hangat di kalangan penonton setia drama-drama melayu tempatan ada yang memuji dan ada juga yang melemparkan kata-kata negatif terhadap drama tersebut.

Terbaru tunang kepada pelakon utama dalam drama itu, Shukri Yahya memberitahu tunangnya cemburu menyaksikan adegan-adegan yang dilakonkannya itu bersama Fathia Latiff. Bagaimana pun setelah dijelaskan tunangnya itu memahami akan kerjaya dirinya sebagai seorang pelakon.

BACA: Ziela Jalil Mohon Maaf Pada Semua Jika Drama Dianggap Maksiat

“Tunang saya cemburu juga tapi dia cemburu disebabkan termakan apa yang orang cakap negatif terhadap drama ini. Sesudah itu apabila diterangkan dia sudah memahami akan kerja dan niat saya ini,” katanya yang ditemui semasa majlis berbuka puasa Syukur Selalu TV3 dan TV9 kelmarin.

Tambahnya lagi, sekiranya berkahwin kelak dia tidak akan meletakkan sebarang syarat kerana sebagai seorang pelakon bakal isterinya perlu tahu akan kerjayanya.

“Saya sudah cakap dengan tunang untuk menjadi seorang pelakon saya rasa tak perlu ada syarat-syarat itu semua dan semestinya ada batas-batas yang tertentu seperti adegan atas katil, ghairah semua itu saya tak buat walaupun saya bujang. Saya tahu itu akan datangkan masalah dan setakat ini tunang saya faham,” ujarnya.

Sementara itu, mengenai komen meminta maaf daripada Ziela Jalil terhadap drama yang dikatakan kurang bermoral ini mendapat sambutan serta sokongan yang baik daripada pelakon-pelakon DILB dan ini termasuklah Shukri Yahya sendiri selaku hero dalam drama tersebut.

“Ziela Jalil buat benda yang betul. Dia banyak bertungkus-lumus untuk cerita ini dan memberikan ruang antara saya dan Fathia untuk lebih mengenali seterusnya mendapat chemistry kerana saya sebetulnya tak pernah berlakon bersama Fathia dan inilah pertama kalinya”

“Dia minta maaf untuk menjernihkan keadaan pada semua orang. Kami ini pelakon dan minta pun jadi seperti itu cuma buat apa yang sepatutnya,” tambahnya lagi. (rtky/h)