fbpx

“Tuduhan Kami Pecah Amanah Tidak Masuk Akal”

Berikutan dakwaan Yazit mengatakan bahawa beliau tidak menerima sebarang pembayaran dari kumpulan Search serta berlakunya pecah amanah didalam kumpulan itu, vokalis kumpulan Search, Amy telah menafikan tuduhan tersebut sekaligus menyifatkan ianya sebagai tidak masuk akal.

BACA: Tanya Soal Duit, Yazit Dakwa Ditengking Isteri Amy Search

“Saya kecewa dan terkilan kerana selama 35 tahun, kami punya persahabatan adalah tentang integriti tapi hari ini salah seorang daripada kawan kami sendiri cuba untuk sumbat kami ke dalam penjara dan menuduh kami menidakkan sesuatu untuk dia. Saya terkejut kerana dia telah membuat tuduhan tidak berasas terhadap kami”

“Selama ini, walaupun sejak dia sakit tapi jika setiap kali ada persembahan sama ada dia sertai kami atau tidak sepanjang show, dia tetap dapat bayaran. Kami tak pernah mengetepikan dia. Memang kami telah menerima bayaran tetapi hanya 30 peratus sahaja, kami gunakan untuk mengurus dan melaksanakan konsert,” katanya kepada Malaysian Digest.

Pada masa yang sama, pihak Search turut menggesa Yazit yang juga merupakan pemain drum kumpulan itu untuk menarik balik kenyataan beliau mengenai tuduhan pecah amanah yang tidak berasas dalam masa tempoh 48 jam serta memohon maaf kepada individu yang dikaitkannya didalam laporan terbabit.

Namun jika Yazit masih gagal berbuat demikian, pihak Search tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada beliau sekiranya perkara ini berulang lagi atau kepada mana-mana pihak yang berterusan menabur fitnah terhadap ahli kumpulan itu. (rkty/w)

Kredit Gambar: Malaysian Digest