fbpx

Tonton Trailer Pertama Untuk ‘X-Men: Days of Future Past’

Kami jarang paparkan trailer filem secara individu namun untuk filem terbaru ini X-Men: Days of Future Past, kami lakukan pengecualian — kerana ianya cukup awesome.

Trailer pertama berdurasi 140 saat ini mengesahkan jalan cerita dua generasi berbeza yang bertembung untuk mengelakkan krisis besar di masa hadapan dalam dunia mutant dan filem ini diarahkan oleh pengarah asal filem X-Men, Bryan Singer.

Kita dapat lihat di penghujung trailer yang mana akan berlakunya pertembungan satu dengan satu antara watak Xavier dari masa lampau (James McAvoy) dan Xavier dari masa sekarang (Patrick Stewart) yang penuh emosi.

X-Men: Days of Future Past akan mula berada di pawagam 23 Mei 2014.