fbpx

Hujung minggu lalu kami sempat ke pawagam untuk menyaksikan filem terbaru lakonan Tom Cruise iaitu Mission Impossible: Rouge Nation yang kini sedang hangat ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia. Penuh juga panggung yang kami masuk, memang dapat sambutan.

Salah satu daya penarik dalam filem aksi terbaru Tom Cruise ini adalah aksi lagak ngeri yang memang tidak terjangkau dek akal — elok pun dengan namanya Mission Impossible. Filem dalam siri ini sebelumnya pun penuh dengan aksi lagak ngeri yang buat kita gigit kuku.

Lebih menarik, Tom Cruise enggan menggunakan pelakon tambahan untuk menggantikan dirinya melakukan aksi lagak ngeri untuk filem Rogue Nation ini sebaliknya melakukannnya sendiri untuk kepuasan penonton. Termasuklah aksi berpaut di kapal terbang yang sedang berlepas. Whoaa!

https://www.youtube.com/watch?v=py-PjkAAo0o

selain dari itu, aksi kejar mengejar bermotorsikal yang merupakan adegan kegemaran kami dalam filem ini juga dilakukan sendiri oleh Tom Cruise bersama pelakon lain dan khabarnya bukan sebiji dua motorsikal dihancurkan khas untuk adegan hebat ini.

https://www.youtube.com/watch?v=pqiDY39Uf_s

Kalau anda rasa aksi bermotorsikal ini tidak cukup hebat, Tom Cruise juga memandu sendiri kereta yang digunakan dalam babak aksi kejar mengejar di Maghribi melalui lorong lorong kecil sebelum berakhir denga terjunan berani di tangga bangunan. Bunyi mustahil, tapi itulah yang terjadi.

https://www.youtube.com/watch?v=LV6KTzn5GvI

Peminat filem aksi yang mahukan sesuatu lebih real, memang tidak wajar lepaskan peluang untuk saksikan Mission Impossible: Rogue Nation di pawagam berhampiran secepat mungkin. Memang anda akan ternganga dengan keberanian Tom Cruise dan pelakon pelakon lain. Salute!