fbpx

Tiga Bulan Bertunang, Ummi Nazeera Akui Kerap Gaduh

Pelakon Ummi Nazeera yang akan melangsungkan perkahwinan bersama jejaka pilihan hatinya tidak lama lagi berharap agar bakal suaminya itu dapat ditukarkan tempat berkhidmat di sekitar semenanjung Malaysia atau berdekatan dengan Putrajaya.

BACA: Ummi Nazeera Bersyukur Bapa Dipenjara 31 Tahun

“Saya harap-harap dia akan dipindahkan di sini. Insha Allah harap-harap juga berdekatan dengan Putrajaya. Dia dah ada rumah di Putrajaya harap-harap berdekatan di situ,” katanya kepada Rotikaya baru baru ini.

Dalam pada itu, sepanjang tempoh pertunangan ini Ummi berkata dugaan memang ada seperti kerap bergaduh tetapi berakhir dengan ketawa.

“Dulu jarang gaduh, sekarang kerap gaduh tapi kita orang gaduh-gaduh mesti ketawa,” katanya yang merancang untuk berbulan madu ke Turki atau Switzerland.

Ummi turut berkata dalam menghitung hari untuk menjadi seorang isteri dia turut berdebar kerana ini merupakan perkahwinan pertama buat keluarganya. Jadi persiapan perkahwinan harus lebih teliti.

“Rasa gementar jugalah apabila sudah nak dekat ni. Setakat ini persiapan masih banyak lagi. Tempat sudah ada tarikh nikah akan diumumkan selepas raya. Ini adalah perkahwinan pertama bagi pihak sebelah saya dan dia juga. Mama sangat teruja. Ummi sediakan pelamin, mama pilih makanan,” katanya. (rtky/h)