Tidak Berjaya di Shout! Awards: Siti Nurhaliza Raih Artis Paling Popular

Tidak terlewat rasanya untuk kami ucapkan tahniah buat Siti Nurhaliza yang memenangi anugerah Artis Serantau Paling Popular di Anugerah Planet Muzik 2009 (APM 2009) tempoh hari.

Walaupun kemenangan artis Indonesia mendominasi APM kali ini, namun kemenangan Siti Nurhaliza sebagai artis paling popular merupakan kemenangan moral buat Malaysia. (Bak kata Barisan Nasional)

Siti Nurhaliza kalah kepada Jaclyn Victor di Shout! Awards 2009 dalam kategori Best Vocal. Tidak mengapa, beri ruang kepada generasi baru. Siti Nurhaliza juga menang anugerah Artis Malaysia Paling Popular di APM 2009.

Selain Siti Nurhaliza, Aizat dan Ayu turut berjaya mengharumkan nama negara. Aizat membawa pulang dua anugerah iaitu Artis Baru Lelaki dan Lagu Malaysia Paling Popular untuk “Hanya Kau Yang Mampu” sementara Ayu memperolehi anugerah Artis Baru Wanita.

2 thoughts on “Tidak Berjaya di Shout! Awards: Siti Nurhaliza Raih Artis Paling Popular

  1. …MEMANG LAYAK SANGAT D.SITI JADI JUARA…penampilan sederhana..menghormatisemua orang…tak pernah memperlekeh orang..sopan dan air muka yang jernih dan jujur..amat layak D.Siti menjuarai..Pada datuk K ingin saya BAGI AMARAN tolonglah jaga DATUK SITI SEMAKSIMA MUNGKIN…KERANA SAYA DAN KELUARGA MENYANYANGI ANDA BERDUA.TERMAKSIMA YANG TERDAYA…tapi keciwa dengan kejuaraan farah fauzana dan aznil yang memang tak layak langsung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>