fbpx

“Tiada Siapa Yang Hendak Dekat Saya”

Gara-gara memuat naik sekeping foto memakai tiara dengan kepsyen yang misteri, akaun Dynas Mokhtar diserbu dengan ucapan tahniah oleh para peminatnya yang menyangka beliau bakal berkahwin. Namun begitu, akhirnya beliau menafikan perkara berkenaan dan menjelaskan ianya hanya sekadar sesi fotografi untuk sebuah majalah.

BACA: Gambar Terbaru Dynaz Selepas Keguguran: Mahu Aktif Kembali

Screen Shot 2016-05-19 at 9.59.47 AM

“Saya memang sudah bersedia pada bila-bila masa untuk berkahwin. Tapi, tiada siapa yang hendak dekat dengan saya. Insya-Allah, kalau ada jodoh, saya ingin perkahwinan kali kedua kekal hingga ke akhir hayat. Saya banyak belajar daripada kegagalan lalu dan lebih berhati-hati dalam memilih pasangan,” katanya kepada Berita Harian Online.

Dalam pada masa yang sama, Dynas turut berkongsi bahawa beliau masih mengenali lelaki yang sama, juga merupakan teman baiknya sejak dibangku sekolah lagi. Tetapi katanya lagi, setakat ini masih belum ada isyarat daripada pihak lelaki untuk berkahwin jadi beliau masih belum ada jawapan jika ditanya bila ingin berkahwin lagi.

Apabila ditanya mengenai bekas suaminya pula, Dynas akui merasa sangat bertuah kerana bekas suaminya itu merupakan seorang ayah yang bertanggungjawab kepada anak-anaknya. Ini kerana setiap kali beliau sibuk dengan urusan kerjaya, bekas suaminya sentiasa memahami dan senang dibawa berbincang mengenai penjagaan anak. (rkty/w)