fbpx

“Tiada Niat Nak Persendakan Orang Sabah”

Niat untuk bergurau dan bermesra dengan peminat nampaknya mengundang kemarahan apabila Awal Ashaari baru-baru ini ada memuat naik status menggunakan perkataan ‘bah’ yang menjadi dialek orang Sabah untuk mempromosikan pakaian raya di Sabah. Bagaimanapun, tindakan itu dianggap seperti memerli orang Sabah yang tidak menggunakan ‘bah’ di semua ayat.

BACA: Sekitar Awal Ashaari Sekeluarga Umrah Di Tanah Suci

Screen Shot 2016-07-01 at 5.41.58 AM

“Tak ada niat langsung mahu mempersendakan orang Sabah. Saya cuma mahu bergurau manja dengan mereka dengan cuba selitkan perkataan ‘bah’ bagi menunjukkan lebih kemesraan di situ. Peminat saya tahu bagaimana personaliti saya yang suka bercanda. Namun, dalam hal ini saya bukannya sengaja menjadikan isu budaya dan kenegerian sebagai bahan mainan”

“Saya tidak kesal dengan status itu namun cuma saya rasa tidak sepatutnya ia jadi isu dan diviralkan. Sudah puas menjelajah di pelosok negara membuatkan saya sentiasa cuba bertutur dialek setiap negeri dan bukannya di Sabah saja. Mungkin ini kes disebabkan orang Sabah lebih sensitif soal budaya dan bahasa mereka,” katanya kepada Harian Metro.

Selain itu, posting yang dimuat naik Awal turut dibanjiri dengan pelbagai kritikan negatif terutama dari orang Sabah yang tersinggung dengan tindakannya yang menggunakan perkataan ‘bah’ secara keterlaluan. Rata-rata berpendapat, Awal cuba mempersendakan bahasa orang Sabah dan meminta beliau untuk mempelajari penggunaan bahasa itu terlebih dahulu. (rkty/w)