fbpx

The Raid: Filem Indonesia Yang Lebih Senggama Dari Hollywood

Okay. Tajuk adalah dedikasi buat Blog Serius sebagai tanda terima kasih kerana membuka mata kami kepada filem epik ini.

The Raid merupakan sebuah filem terbaru yang di’terbitkan oleh PT Merantau Films dan kini telah pun memiliki pasaran Amerika Syarikat dengan kerjasama Sony Pictures.

Untuk pasaran antarabangsa, The Raid telah di’tambah tajuk’nya menjadi The Raid:Redemption dek kerana penerbit sudah pun mula memikirkan akan sekuel filem ini.

Filem ini secara kasar’nya berkisar tentang team SWAT yang menyerbu sebuah apartment tinggal yang menjadi lokasi operasi & tempat tinggal raja dadah bernama Tama. Selain Tama, konco konco beliau yang juga penggiat industri jenayah turut tinggal bersama.

Kumpulan yang menjalankan operasi menyerbu ini tersekat di Tingkat 6 tanpa sebarang komunikasi & mula di’serang — mereka perlu berikhtiar untuk terus hidup & menghabiskan misi. Badass? Hell yes! 

Sesetengah pengkritik filem di Hollywood telah pun memanggil filem The Raid sebagai filem aksi terbaik tahun ini. Ada sesiapa pengedar filem di Malaysia mahu bawa masuk filem ini ke pawagam di’sini?