fbpx

Terminator Genisys Kekal Dahului Carta Teratas Wayang Di Malaysia

Walaupun kutipan pembukaan tayangan Terminator Genisys tidak berapa meriah di Amerika Syarikat pada hujung minggu lalu namun filem aksi sains fiksyen ini masih mampu berada di kedudukan tiga teratas malah turut mengungguli carta pecah panggung di Malaysia dan juga Singapura.

BACA: Arnold Schwarzenegger Tunai Janji Kembali Dengan Filem Terminator Genisys

Kurang mendapat sambutan di Amerika Syarikat serta turut mendapat kritikan daripada peminatnya melalui jalan cerita yang tidak terurus, francais filem Terminator ini bagaimanapun mendapat perhatian di sini lebih-lebih apabila berjaya menduduki carta tertinggi box office mengalahkan filem yang lain.

Arnold Schwarzenegger plays the Terminator in TERMINATOR GENISYS from Paramount Pictures and Skydance Productions.

Pengarahnya Alan Taylor dan pelakon, termasuk Emilia Clarke, Jason Clarke, Jai Courtney, Lee Byung-hun dan ramai lagi mungkin tidak terlalu kecewa kerana filem itu walaupun lebih berjaya mendapat perhatian di luar AS, ia tetap mengutip kira-kira hampir RM500 juta di seluruh dunia.

Emilia Clarke plays Sarah Connor in Terminator Genisys from Paramount Pictures and Skydance Productions

Filem yang menaikkan kembali pesona Arnold Schwarzenegger sebelum ini dalam masa yang sama turut berjaya memintas kutipan tiket filem animasi Minions pada minggu lepas. Malah Terminator kali ini juga turut menolak Jurassic World menduduki tangga ketiga carta pecah panggung di Malaysia.

Left to right: Jai Courtney plays Kyle Reese and Emilia Clarke plays Sarah Connor in Terminator Genisys from Paramount Pictures and Skydance Productions.

Selain itu, situasi yang sama turut dirasai di Singapura apabila berjaya menduduki tangga pertama mengalahkan filem Ted 2 yang baru sahaja ditayangkan dan filem Minions pula, jatuh satu lagi anak tangga, menduduki tangga ketiga di sana.

Terminator Genisys Kekal Dahului Carta Teratas Wayang Di Malaysia - ROTIKAYA20150708_5592

Kalau anda belum berkesempatan untuk ke pawagam menonton Terminator Genisys, inilah masanya untuk anda pergi sendiri melihat aksi lincah dan bertenaga Arnold Schwarzenegger serta barisan pelakon lain. Jom!