Oleh RotiKaya Staff pada
11 April 2013, 8:04AM

Best Man Win itulah kata-kata pelakon jelita Tasha Shilla ketika ditemui di lokasi penggambaran Epilog Cinta Khirana kelmarin di Shah Alam.

Kata-kata tersebut diluahkan oleh Tasha Shilla sebaik sahaja disoal sejauh manakah hubungannya dengan pasangannya yang terbaru dan terkini iaitu Mahali Jasuli yang juga merupakan pemain bola sepak kebangsaan.

“Hubungan Tasha dan dia masih baru, dan masih dalam proses saling-mengenali hati budi masing-masing. Tasha dan dia buat masa sekarang kami berdua berkawan dan hubungan ini masih baru,” ujar Tasha.

Kejujuran yang ada dalam diri Mahali Jasuli membuatkan Tasha Shila terpesona dan tertarik dengan peribadi atlet kebangsaan ini.

“Apa yang membuatkan saya tertarik dengan dia adalah kerana sifat kejujuran yang dimilikinya,” kata Tasha sambil tersenyum.

Tasha juga berharap hubungan yang baru sahaja dibinanya ini agar berkekalan dan berharap tidak ada pihak menggembar-gemburkan mengenai kisah peribadinya ini dan biarlah kerjayanya menjadi utama dan bahan cerita oleh pihak media dan juga peminat-peminatnya.

“Setakat ini sahaja rasanya yang perlu Tasha kongsikan kepada peminat, biarlah Tasha fokus dahulu terhadap karier. Kalau boleh Tasha tidak mahu untuk gembar-gemburkan cerita ini yang bagi Tasha terlalu awal untuk dikongsikan, dan biarlah ada hitam putih baru Tasha akan memberitahu kepada semua peminat-peminat Tasha,” ujarnya tegas.

Perkembangan lain, nantikan kemunculan Tasha Shilla dalam Drama bersiri slot Samarinda yang berjudul Epilog Cinta Khirana yang akan ditayangkan di TV3 tidak lama lagi. Dengar kata Tasha mengalami hilang ingatan yang teruk dalam drama ini. Kalau nak tahu apa yang menyebabkan Tasha hilang ingatan? Jangan lupa saksikannya.


Komen & Lain-lain

Ada komen? Tinggalkan di'sini ...