fbpx

Tasha Shilla Nafi Dirinya Kini Digam Stesen TV

Tidak menjadikan kontroversi yang tercetus membabitkan dirinya sendiri sejak kebelakangan ini, pelakon Tasha Shilla menjelaskan bahawa perkara tersebut tidak pernah membuatkan dirinya lemah untuk terus berdaya saing di dalam industri hiburan.

BACA: Tasha Shilla: Jangan Kaitkan Isu Seksi Dengan Agama

“Apa sahaja yang berlaku kepada saya sejak kebelakangan ini bukanlah untuk menjadikan saya lemah sebaliknya ia memberikan saya suntikan baharu untuk lebih bersemangat dan tabah untuk terus menjalani kehidupan ini,” jelas Tasha kepada portal The Rakyat Post.

Selain itu, timbul juga spekulasi yang mengatakan kini Tasha sudah pun digam semua stesen televisyen kerana kontorversi yang melanda. Namun pelakon ini bagaimanapun menafikan perkara tersebut.

“Berita itu (disenarai hitam) tidak benar sama sekali. Saya memang sengaja mahu berehat memandangkan sejak hampir lapan tahun lalu, saya sudah terlalu kuat bekerja”

“Buat masa ini, saya belum menerima sebarang tawaran dan saya hanya akan mengumumkan apabila semuanya sudah disahkan,” katanya lagi. Apa-apa pun, semoga nama Tasha Shilla akan terus gemilang di persada seni tanah air. (rtky/s)