fbpx

Tasha Shilla Nafi Cium Kekasih Di Khalayak Ramai

Dejavu sungguh kami rasa ketika ini. Genap sebulan yang lalu, kisah yang sama tentang Tasha Shilla mendapat perhatian para peminat dan khabarnya perkara sama berulang di malam Anugerah MeleTOP Era (AME) hujung minggu lalu.

BACA: Tasha Shilla Nafi Bercumbu Di Khalayak Ramai, Tidak Masuk Akal

Harian Metro mendakwa mereka ada menerima e-mail dari beberapa orang pembaca yang mengatakan mereka melihat Tasha Shilla dan kekasihnya, Han bercumbuan di khalayak ramai ketika menonton AME di Stadium Putra Bukit Jalil.

Menjawab dakwaan tersebut, Tasha Shilla sekali lagi berkata beliau masih waras dan rasional untuk melakukan perbuatan tidak sopan itu secara terbuka seperti didakwa.

“Saya ini masih waras dan sensitif lagilah untuk buat benda macam itu. Takkanlah di acara macam itu dan depan khalayak pula saya nak buat begitu Cukup-cukuplah (menuduh). Susah kalau orang mulut tempayan memang payah nak tutup, ada saja benda nak ditimbulkan”

Jurukamera majlis anugerah selepas ini sudah tahu sasaran mereka, jangan hampakan kami semua. Dalam perkembangan lain, punggung Tasha Shilla asli. (rtky/m)