fbpx

Tarikh Perkahwinan Nora Danish Semakin Hampir?

Melalui perkongsian gambar daripada Instagram pereka fesyen, Ashraff Zainal, terdapat gambar Nora Danish dalam persalinan pakaian pengantin sekali gus perkara tersebut memberi gambaran kepada peminatnya bahawa pelakon ini akan berkahwin tidak lama lagi.

BACA: Nora Danish Sedia Untuk Kahwin Dengan Nedim

Tarikh Perkahwinan Nora Danish Semakin Hampir?

Melalui gambar tersebut, Ashraff menulis bahawa seseorang akan berkahwin namun dalam masa yang sama tidak menyatakan dengan siapakah individu dalam gambar tersebut akan berkahwin. Peminat Nora dalam masa yang sama turut mengucapkan tahniah.

Apa pun, jika benar tarikah perkahwinan Nora sudah hampir, semoga segala persiapan dan juga perancangan akan berjalan dengan lancar. Peminat juga pastinya tidak sabar-sabar untuk melihat artis kesayanga mereka ini naik pelamin dengan Nedim. Eh. (rtky/s)